Tuesday, August 17, 2010

Dua Rasa

Hey kasih, kau sabar jelita
Namun haruskah semuanya tahu?
Hati penuh kasih
Jiwa penuh derita

Beza

Kali ini berbeza
Kali ini terpisah
Jauh
Terlalu jauh
Tiada ungkapan mahu aku lontarkan
Rindu
Menyentuh kalbu
Tuhan saja yang tahu
Lebih baik ada
Dari aku hilang selamanya

Saturday, August 14, 2010

Pergi

Sampai bila harus begini?
Mana noktah kata berhenti
Ada lagi kisah sendiri
Aku enggan dengar, pergi mati
Aku muak seribu alasan diberi
Aku mahu lerai sampai disini
Mahu henti cukup disini
Biar semua kata sabar
Aku hilang percaya tanpa sedar
Apa yang aku mahu kini
Henti, aku mula benci
Henti, aku mengakhiri

Cukuplah cuma cintaku pada HAKIKI.

Wednesday, August 11, 2010

Cinta/Kasih Yang Pergi

Saat senja melerai tabirnya
Terasa dingin malam menyentuh jiwa
Tiada sinar indah bintang menyeri
Resahnya tiada yang bisa mengerti

Ku sepi
Ku sendiri
Teringat
Kenangan lalu

Kau pergi
Kau berlari
Tersisih
Kenangan lalu

Saat kau melangkah jauh meninggalkan diriku
Terlaluku amat merindui dirimu
Andai kasih masih ada
Tidakkan terlerai cinta

Tika kau hilang dari sisiku
Saat duka menemani seluruh hidupku
Lenyap sudah separuh nafasku
Sungguhku terasa kehilanganmu

Tiada pernah henti air mataku bila terkenang tentang dirimu
Biar rasa ini terpendam sampai akhir nanti
Andainya kau masih beri ku peluang kedua kalinya
Pastiku takkan persiakan segala yang indah

Maafkan segala dosaku
Tiada kata mampu aku ungkapkan
Maafkan segala kata benciku yang dulu
Semua kini adalah penyesalan

Kiranya saat indah itu mampu kuputar
Pastiku tunggu dirimu
Kiranya saat cinta kita cuma sebentar
Relaku serah hatiku

p/s:tajuk lagu dan lirik lagu masih dalam proses perbincangan.doakan kami semoga berjaya ;)

Tuesday, August 10, 2010

Salahkah Ku

Apa yang dimahukan jika kerna begitu
Apa yang kau mahukan jika engkau sendiri

Sedaya ku menjaga hati mu
Sedaya ku bertahan hendak mu
Lepaskanlah derita

Salahkah ku menangis
Tinggalkan aku
Salahkah ku bermimpi
Lepaskan aku
Jika ku tak mengerti
Sedarkan aku
Jika ku tak kembali
Mimpikan aku

Aku ingin slamanya kau dan aku bersatu
Aku ingin rasakan nikmat cinta selalu

Sedaya ku menjaga hati mu
Sedaya ku bertahan hendak mu
Lepaskanlah derita

Salahkah ku menangis
Tinggalkan aku
Salahkah ku bermimpi
Lepaskan aku
Jika ku tak mengerti
Sedarkan aku
Jika ku tak kembali
Mimpi kan aku

Hanya ada cinta ku yang terindah
Untuk aku dan dia.


lagu dan lirik oleh Ojex, kesinambungan dari puisi Sedih oleh saya :)

Wednesday, August 4, 2010

.....

"bermula suatu kisah cinta yang tak pasti asal usulnya dari mana, namun si dia yang setia dan sabar dengan kekasihnya mempertahankan rasa cinta selagi terdaya.

sampai suatu masa dia harus pergi mencari cinta yang lain, yang dianggap lebih baik untuk dirinya.
barulah si kekasih terasa kehilangan.
namun yang sama berlaku.
entah mengapa kesedihan sentiasa bersama kisah cinta si dia, meski bukan bersama kekasih yang dahulu.

setelah terlihat kesedihan yang selama ini mengaburi cinta mereka, baru kini kekasih terasa mahu menebus kesilapan lama.
si dia yang masih ragu untuk mempercayainya kini memberi peluang, namun cuma hanya mampu mendengar dan meluahkan apa yang terbuku dihati.

kekasih kini sendiri, si dia masih mencari cinta sejati.
namun siapa yang tahu, takdir yang menentukan kisah cinta mereka."

setulusnya
hati ini ada kamu

setulusnya
cinta ini masih untukmu

setiap detik aku mahu senyum itu
namun kini kau menjauh

maafkan segala dosa laluku
maafkan segala kata benciku padamu

tiada kata mampu aku ungkap
semua kini adalah penyesalan

dengarlah rintih kasihku walau sekejap
dan biar masa yang menentukan

selagi nafas masih ada
tiada putus kiriman doa

agar akhir nanti
bahagia mengakhiri

serahkan jiwamu padaku
biarku jaga hingga akhir waktu

p/s:kepada nazri dan asri, ini cuma rough idea! :)

Monday, August 2, 2010

Sedih

Sedaya menjaga hati
Sedaya bertahan, diam dengan kehendak
Bersuara, kerana itulah diri
Namun semua bilang tidak

Apa yang dimahu
Jika bukan begitu
Untuk apa bertahan?
Jika ianya beban

Lepas...
Ini derita yang dibalas
Tinggal sendiri...
Jika gagal sebagai penyeri

Ini bukan cahaya lagi
Pergi
Biarlah bebas
Lepas

Terakhir

Hilang upaya
Letih tak terdaya
Lesu lemah
Apa hujung cerita kita

Perselisihan
Aku bersalah
Itu bukan pilihan
Aku harus terus mengalah

Aku pilih untuk cuba
Langkah pergi
Tanpa dirinya
Mungkin dia lebih mengerti

Tuesday, July 13, 2010

Sepi

Hanya engkau dewiku
Dengarkan rintihan hatiku
Hatimu ada
Hatimu bisa
Padaku

Aku inginkan waktumu
Andai kisah kita berlalu
Hatimu ada
Hatimu bisa
Padaku

Kau membuat
Diriku
Merindui
Dirimu
Aku sepi
Oh tanpamu
Hanyaku mahu
Dirimu

Masa kita berlalu
Tiada kata untukku
Kau berlalu
Tanpa kata
Padaku

Kau membuat
Diriku
Merindui
Dirimu
Aku sepi
Oh tanpamu
Hanya ku mahu
Diri mu

Lagu dan lirik sepenuhnya oleh Muhammad Zedren (Ojex-Grey Sky Morning)

Monday, June 28, 2010

Puisi Dari Hati

Jari jemari halus menyentuh lembut
Alunan indah menata lagu
Begitulah hatiku
Berlagu indah syahdu
Sungguh kau jauh
Jauh dari pemandangan mataku
Namun aku tahu
Sayang itu tetap kamu
Kau harus tahu
Sayang itu tetap kamu

Setiap bibit garis puisi
Berlagu indah pandangan mata
Hati menguntai setiap patahnya
Kau perlu tahu aku menulis bukan mahu sorak manusia
Aku menulis kerna bicaraku tidak seperti tulisanku
Kau dan aku tahu tulus hati ini
Kau dan aku tahu suci kasih ini, dalam setiap doaku

Indah alunan merdu
Begitulah senyum dibibirmu
Satu persatu kita sulami kasih dari hati
Tidak perlu bicara panjang
Kerna mata hati ini kasihnya infiniti
Buat dirimu, hatimu, hidupku.

Thursday, June 24, 2010

Derita Untuk Dunia

Dunia penuh dengan penderitaan
Tiada lagi kasih sayang tapi hanya kesedihan
Yang menawan dunia dan terlibat dalam bencana
Jika aku bisa mengubah dunia
Akanku hidupkan dengan cinta
Kemurnian yang putih
Tiada suram!

Aku tidak mengerti alam
Yang sudah tiada watak
Dimana martabat?
Murah dan mudah
Bumi telah pecah dibelah bencana!

Pain For The World

The world now full of suffering
No love but there's just sadness
That conquering the world and involved in disaster
If I could only change the world
My world will enlivened with pure white and there's no dark
Man...
I don't understand the nature
Where is the dignity?
The earth is rent asunder for disaster!

Kekejaman Pasti Diakhiri

Megahnya kau menghentam manusia lemah
Tak cukup dengan ibu tunggal kau aniaya
Anak yatim piatu menjadi mangsa utama
Tiada apa yang kurang padamu
Tiada apa yang belum lengkap di singgahsanamu

Seterusnya
Setiap hari kau mahu runtuhkan sifat kemanusiaan kelilingmu
Meruntuh pegangan mereka
Sekelumit pun belas kasih tiada dihatimu
Kau gembira menyaksikan manusia lain sengsara
Kau senang melihat jasad lemah, berlumuran darah, tidak bernyawa

Keji!
Malah binatang lebih mulia darimu
Bila ada yang dapat hapuskan legasi dajalmu
Bila ada yang mampu buka mulut

Kerna yang ada
Cuma hanya
Simpati
Cuma hanya
Belas reaksi

Namun...

Manusia terlalu ramai di dunia
Mampu runtuhkan empayarmu
Sementara kau bermaharajalela
Agar kau terleka
Manusia datang menghapuskan segenap taklukanmu
Seinci pun bukan milikmu lagi
Tanah suci itu milik mereka
Tanah suci itu tanda kerharmonian dunia

Saturday, June 19, 2010

Diam

Pertanyaan disambut hela nafas panjang
Jawapan tak seperti yang ingin didengarkan
Tapi tetap serupa
Lebih elok jika kau bisu
Lebih mudah jika aku tahu kau jujur setuju
Sekiranya diam itu sempurna
Aku pilih dirimu

Sampai Akhir Nanti

Serahkan jiwamu padaku
Biarku jaga hingga akhir waktu
Masih samar
Bersama rasa kasih
Kurelakan kau pergi
Masih samar
Setiap detik kunanti
Bertemu melihat senyum ada diwajahmu
Genggam erat tanganku
Puisi yang kutulis buatmu
Puisi cinta tentang kita berdua
Kelak kita kenangi selamanya

Thursday, June 17, 2010

Satu, Dua, Tiga

Satu ada dalam hati
Tiada pernah berubah
Maha Esa

Dua ada dalam jiwa
Darah yang mengalir punya dia
Papa mama

Tiga si warna keluarga
Berkongsi itu yang kupelajari
Abang, E.e, Nina

akak rindu sangat nak sama-sam solat jemaah dgn papa, mama..makan sama-sam semeja dgn adik-adik akak :')

Rindu (II)

Disini sayang
Hanya sebentar
Untuk hari ini sahaja
Aku terlalu pilu kerna rindu

Rindu (I)

Rindu
Benci mahu ungkapkannya berulang kali
Hati aku bengkak menanggung pilu
Dia tetap jauh
Malah makin lupa pada diriku
Mungkin

Rindu
Tak semua yang aku luah aku yang punya
Aku cemburu sayang
Cemburu melihat temanku
Aku gelisah
Mahu menangis
Tapi kau bukan mahu tahu
Mungkin

Rindu
Mahu dirimu disini
Rapat denganku
Dekat dijiwaku
Selalu
Sentiasa
Tidak mahu menanti lagi!


Lara

Aku layu menunggu
Sesak termangu
Benci melihat mereka-mereka bersenang-lenang
Apa aku ini diperlakukan seperti tunggul
Apa aku ini tidak punya perasaan
Apa mereka fikir aku ini mengemis masa mereka
Bila baran dalam darah mendidih,
Sabar si teman baik mula meminggir
Kau tahu aku benci
Kau tau meluat dengan pancaragam disini
Aku bukan mahu bermusuh
Sedari diri cuma hamba Maha Esa
Tapi kau pun apa kurangnya
Sekelumit pun bukan para Nabi
Hargai apa yang kau perolehi
Adili mereka yang setia padamu

Sunday, May 23, 2010

Pinjaman Kasih Dari Tuhan

Bagi setiap yang ada dulu
Bagi setiap yang terjadi dulu
Bagi setiap kenangan
Bukan yang terindah.

Dulu,
Aku yang perlu kamu
Aku yang berlari padamu
Aku yang segalanya itu kamu, itu aku
Lenyap lupa hilang semua segala.

Kini aku punya dia
Kini aku sayang dia
Kini aku cinta dia
Kini dia, aku bahagia.

Bagi setiap pada hamba-Nya
Tuhan itu Maha Adil
Terima kasih Ya Tuhan.
Namun jika dia Kau pinjamkan padaku hanya sementara
Aku mengerti mengapa.

Sementara luka dulu aku ubati
Kau izinkanlah dia lama bersamaku
Sementara kau pinjamkan dia
Kau izinkanlah sampai aku tua.

Pada si dia yang selalu ada
Pada si dia yang jauh dari pandangan mata
Aku ingin kamu tahu
Kau sentiasa dalam hati
Kau sentiasa disayangi
Kau sentiasa didoakan
Kau adalah kasih dipinjam dari Maha Esa.