Friday, September 21, 2012

Lelaki

2 minit dan
usah berbicara denganku
2 minit sahaja
lemahkan sedikit egomu
redakan sedikit amarahmu
kata-katamu menjadi senjata paling menakutkan
bagi fikiranku

Thursday, September 20, 2012

Maaf

dia begitu setia mengirim khabar tanpa harusku ujar
maaf kira utusanku yang seterusnya adalah sepi
tapi bukan ingin pergi

pinta jangan kau salah erti

ia sukar untuk dilupakan
dan kerna isinya terlalu indah
berikan aku peluang yang cuma secebis ruang
untuk merelakan kau terbang

'kan tiba masa depan
walau berkurun sunyi
disini setia menanti

Dakap Terakhir

telah dikembalikan memori dahulu jauh dibawa terbang
berpulang juga hati yang mustahil dipertaruhkan
andai tiada dikau kutemu, pasti tiada coretan ini
tika tersedar, kita tahu ia tidak lagi bersatu
Singapura - Paris, 20/9/2012.

Wednesday, March 14, 2012

The Only Thing

Past,
You've dissappeared,
Like everything else.

Now,
Who else can I talk to?
I’m lost.

When you left,
And he left.
You took everything with you.
But the absence of you,
Of him,
Is everything I look.

A huge hole has been punched through my chest,
But in a way,
I am glad.

The pain in is my only reminder,
That it was real,
And you both are alright.

Tuesday, March 13, 2012

Benci

Aku benci malam
gelap
sunyi
sejuk...
Macam perasaan aku sekarang

Aku benci penyesalan
sakit
seksa
celaru...
Macam hati aku sekarang

Aku benci sedih
menangis
sesak
sebak...
Macam jiwa aku sekarang

Aku benci apa yang aku rasa sekarang.

Monday, March 12, 2012

10.03.12

Aku lihat dia..
kegelapan dalam ruang.
Sesak nafas yang ku hela..

Aku lihat dia..
tertunduk lemah.
Menggigil jasad ku..

Cuma sekali aku lihat dia..
namun terpaksa ku biar..
kaku.

Sungguh aku berdosa..

Tuesday, January 17, 2012

Suatu Masa Untuk Hati

(untuk Afiqe Aizudin)

Melihatnya tiap kali bertemu
Selepas beribu tahun pun
Bagai baru pertama kali
Masih sama tafsiran dalam hati
Masa membawa hati kembali
Kerana abdi untuk setiap penantian
Masa menyakinkan akal
Supaya jangan takut lagi
Berani terima semula walau hitam sejarah lama
Dan hari itu 'kan tiba
Semua yang perit dan indah
Berbaur bercampur
Lebih lama dari seribu tahun, hati dan masa tetap bersama.

p/s:sampai bila-bila, saya tetap sayang.