Friday, September 21, 2012

Lelaki

2 minit dan
usah berbicara denganku
2 minit sahaja
lemahkan sedikit egomu
redakan sedikit amarahmu
kata-katamu menjadi senjata paling menakutkan
bagi fikiranku

Thursday, September 20, 2012

Maaf

dia begitu setia mengirim khabar tanpa harusku ujar
maaf kira utusanku yang seterusnya adalah sepi
tapi bukan ingin pergi

pinta jangan kau salah erti

ia sukar untuk dilupakan
dan kerna isinya terlalu indah
berikan aku peluang yang cuma secebis ruang
untuk merelakan kau terbang

'kan tiba masa depan
walau berkurun sunyi
disini setia menanti

Dakap Terakhir

telah dikembalikan memori dahulu jauh dibawa terbang
berpulang juga hati yang mustahil dipertaruhkan
andai tiada dikau kutemu, pasti tiada coretan ini
tika tersedar, kita tahu ia tidak lagi bersatu
Singapura - Paris, 20/9/2012.