Thursday, June 24, 2010

Kekejaman Pasti Diakhiri

Megahnya kau menghentam manusia lemah
Tak cukup dengan ibu tunggal kau aniaya
Anak yatim piatu menjadi mangsa utama
Tiada apa yang kurang padamu
Tiada apa yang belum lengkap di singgahsanamu

Seterusnya
Setiap hari kau mahu runtuhkan sifat kemanusiaan kelilingmu
Meruntuh pegangan mereka
Sekelumit pun belas kasih tiada dihatimu
Kau gembira menyaksikan manusia lain sengsara
Kau senang melihat jasad lemah, berlumuran darah, tidak bernyawa

Keji!
Malah binatang lebih mulia darimu
Bila ada yang dapat hapuskan legasi dajalmu
Bila ada yang mampu buka mulut

Kerna yang ada
Cuma hanya
Simpati
Cuma hanya
Belas reaksi

Namun...

Manusia terlalu ramai di dunia
Mampu runtuhkan empayarmu
Sementara kau bermaharajalela
Agar kau terleka
Manusia datang menghapuskan segenap taklukanmu
Seinci pun bukan milikmu lagi
Tanah suci itu milik mereka
Tanah suci itu tanda kerharmonian dunia

No comments:

Post a Comment