Sesak termangu
Benci melihat mereka-mereka bersenang-lenang
Apa aku ini diperlakukan seperti tunggul
Apa aku ini tidak punya perasaan
Apa mereka fikir aku ini mengemis masa mereka
Bila baran dalam darah mendidih,
Sabar si teman baik mula meminggir
Kau tahu aku benci
Kau tau meluat dengan pancaragam disini
Aku bukan mahu bermusuh
Sedari diri cuma hamba Maha Esa
Tapi kau pun apa kurangnya
Sekelumit pun bukan para Nabi
Hargai apa yang kau perolehi
Adili mereka yang setia padamu
No comments:
Post a Comment