Thursday, June 23, 2011

Luka

Kalau aku bilang kini aku bukan yang dulu
Kau mahu percaya aku?
Sekalipun kau cuba perbualan yang dulu
Kau rasa apa jawabku?

Hati, naluri.

Mengalir air mata aku sekali sekala menulis coretan ini
"Terluka hatinya sangat lama disimpan"
Benar.

Luka yang tidak pernah sembuh barangkali
Aku usaha, gagahkan diri mencari pengganti.
Benar.

Aku temui dalam waktu yang tidak terjangka
Namun makin bertubi-tubi yang datang
Datang serta melukakan
Mana mungkin mampu sembuh!

Bukan mahu simpati, bukan mahu perhatian
Jauh sekali...tak perlu pujuk
Biar aku membawa diri
Biar aku seka air mata sendiri!

Carilah aku dalam hatimu
Ah. mana ada aku dalam hatimu
Tiada walau sezarah
Mengemislah aku sehinanya....
Belum pasti kau mahu mendengar

Biarkan aku sendiri
Hati ini mungkin sunyi sampai mati
Sekali lagi

No comments:

Post a Comment