Tuesday, July 12, 2011

Kepada Si Langit III

Langit...


Bersabarlah terhadap segala sesuatu, terutamanya bersabar dengan diri sendiri.

Jangan sampai hilang keberanian kerana mengingati ketidak sempurnaan diri.

Tetapi tetapkan azam dengan serta-merta dan memperbetulkan kehidupan sendiri.

Kerana setiap hari itu adalah permulaan yang baru.


Akan ada satu masa apabila orang yang suka bercakap besar, orang yang meninggi diri dan dia melupakan kamu..

Yang seolah-olah sudah mendapat yang terbaik di antara kamu..

Teguhkan perasaanmu!


Apabila ia berlaku lagi, kamu hanya perlu bersabar dan menunggu untuk orang itu merosakkan diri.

Percayalah..

Kerana ia tidak pernah gagal.

Kehidupan ini seperti roda.

Percaya pada qada' dan qadar.


Awak perlu tau yang...


Tuhan sentiasa ada.

Dia sentiasa jaga dia tidak pernah tidur.

Sabar itu separuh dari iman, dan sabar itu sebahagian besar dari semua kemuliaan...


Saya cintakan awak, sentiasa :)

No comments:

Post a Comment