Wednesday, October 27, 2010

Biarkan Aku

Jangan selalu ada untukku
Aku bimbang
Jangan terlalu pesan padaku
Aku ragu
Jangan terlalu mengambil tahu
Aku takut

Kerana jika kau ditakdirkan pergi
Siapa 'kan menemaniku?
Kerana jika kau tiada endah lagi
Siapa 'kan laku begitu?
Kerana jika kau terus menyepi
Siapa 'kan gagahi diriku?

Jika bukan diriku sendiri!

Maka biarlah aku berdikari
Agar pandai membawa diri
Maka biarlah aku bermuhasabah
Agar menjadi manusia berakal
Maka biarlah aku terus mengaji
Agar senang hidup dikemudian hari

Dapatku lakar kehidupan harmoni

Thursday, October 14, 2010

Dia Berikan Aku Seorang Ibu

Bangun seawal menyapa dingin subuh

"Bangkit anakku", kata ibu

Liat tubuh bagai rantai iblis melilit
Atas jasa ibu selama sembilan bulan aku dikandung
Atas izin-Nya aku celik mata dengan zahir batinku dalam sebaik ciptaan
Apa salahnya kira aku mohon keberkatan pada-Nya
Biar beribu kali
Biar dicucur rahmat untuk ibu
Hanya ibu yang berkerah dengan anak mudanya ini

Subuh hening jangan pergi
Kerna aku nyaman pada rasamu
Jauh dari hiruk pikuk manusia rakus
Dingin air menuruni kulit pagi itu
Ku ingat lagi

Bersujud untuk subuh itu
Entah kali keberapa jika tanpa ibu, aku tiada di dunia ini
Wahai ibu, jangan tinggal aku dulu ya
Aku mahu kamu sentiasa disisi
Lebih dari segalanya jika mahu, nyawa 'kan ku gadai untukmu

Ibu.

Wednesday, October 13, 2010

It's About You

I can’t make a guess
I can’t read your mind
It’s about you

You make me asking
Always in my heart
It’s about you

What if finally i fall in love with you
From the lack of you to the better
What if everything will come true
This could be the most beautiful moment

So many stars
As many as my questions
It’s all about you

Monday, October 11, 2010

Kekasih Terindah Untuk Si Jelik

Aku adalah apa yang kau lihat di hari ini
Perempuan yang cuba hilangkan perangai jelik yang memalukan itu

Tapi ia lucu katamu!

Bukan aku menyangkal atau menunda fakta
Atau elak dari konfrontasi
Kerana aku kurang bijaksana
Bagi setiap garis-garis kehidupan

Jika kau bertanya padaku
Bercelaru perasaanku
Malu mahu berterus terang
Banyak yang perlu kau tahu

Puisi ini untuk kekasih terbaik
Jangan gentar dengan kata-kataku
Kerna kamu sangat menakjubkan
Sesak nafasku seketika
Adakah dia untukku?

Sepatutnya aku harus berani
Bahkan si buta pun mampu mentafsir diriku
Jangan tangguh lagi, masa pantas berlalu
Tibalah hari dimana kau dan aku
Mendefinisikan segalanya dengan fikiran yang terbuka

Ketika itu sayang....

Jika kau mahu bertanyakan perasaanku
Gembiralah yang akan ku ucapkan
Tidak mahu ragu terusku turuti
Tidak mahu kau terlepas dariku

Sepertama Kali Untuk Berharap Lagi

Mulakan segala yang lama pada satu kisah yang baru
Soalnya, adakah bahagia?
Masih lagi mencari jawapan itu
Rungkai apa yang tertinggal
Ungkap apa yang tersimpan

Mula lebih teguh dari dahulu
Mula melangkah jauh dari kisah lalu
Begitu indah cinta tapi perit jika hilang
Begitu manis kasih tapi resah jika pudar

Pudar....

Bukan menyalahkan sesiapa
Jauh pula tiada rasa syukur
Cuma mahu merasa bahagia suatu ketika

Inspirasi separuh hidup
Erti ikatan suci
Dunia akhirat

Hanya satu
Ada sesiapa mahukan ia?

Jangan Halang

Aku jatuh hati lagi
Kali ini selalu saja yang menghalang
Situasi sama berulang
Tidak mahu
Mahu tidak
Atau lepas saja
Tolak semua
Tolak Segala

Izin aku tahu siapa dalang disebalik jiwa getar
Supaya aku tikam biar terbongkar semuanya
Aku mahu tahu apa dihujung sana
Lepaskan aku sentuh air jernih itu
Mahu panas, dingin aku yang rasa
Cukup rayumu
Jangan layankan diriku lagi

Friday, October 8, 2010

September

Tiada apa yang berlaku pada dia?
Bagaimana dengan segala yang dicurah?
Mana?
Dimana?

Sudah lupa agenda segala?
Mahu bangkit hal dunia?
Layakkah?
Apa mampu?

"Jangan berumah di tepi pantai kalau takut akan ombak"

Buat malu kaum saja
Ah!
Persoalan dibalas jawapan dusta
Sekalian, tolonglah..buka mata!

Perang Pertama

Runtuhan itu yang menemukan kita
Deruman dentuman bingit memekak memecahkan suasana sepi malam ku
Cuma nama-Mu yang aku sebut
Bait kalimah suci-Mu yang ku lafaz dan ku dengarkan setiap malam

Bila ku tahu diri di cintai
Hilang rasa gentar menyentap jiwa
Kaki melangkah dan terus berlari
Aku mahu menemu diri-Mu

Setiap sujud siang malamku
Itulah tiang jiwa ragaku
Setiap alunan suaraku
Itulah hiasan batinku

Wahai kekasih yang dicintai
Aku milikmu
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku

Amin amin
Ya rabbal alamin

Detik Itu Menunggu

Lekas pulang ke mari
Supaya aku dapat genggam jemarimu
Lekas berlari ke mari
Supaya aku dapat dakap dirimu!

Ah..benci menunggu
Segala serba bersalah
Segala serba tak kena
Rimas dengan keliling

Aku cuma mahu kamu
Menelan semua yang terpaku
Tenggelamkan keresahanku
Nyamankan selalu cinta ini