Wednesday, October 27, 2010

Biarkan Aku

Jangan selalu ada untukku
Aku bimbang
Jangan terlalu pesan padaku
Aku ragu
Jangan terlalu mengambil tahu
Aku takut

Kerana jika kau ditakdirkan pergi
Siapa 'kan menemaniku?
Kerana jika kau tiada endah lagi
Siapa 'kan laku begitu?
Kerana jika kau terus menyepi
Siapa 'kan gagahi diriku?

Jika bukan diriku sendiri!

Maka biarlah aku berdikari
Agar pandai membawa diri
Maka biarlah aku bermuhasabah
Agar menjadi manusia berakal
Maka biarlah aku terus mengaji
Agar senang hidup dikemudian hari

Dapatku lakar kehidupan harmoni

1 comment:

  1. ya..insyaAllah berdikari mencari tujuan apa sebenarnya kita diciptakan semoga bertemu penghujung yang abadi :-)

    ReplyDelete