Dia bukan mungkir janji
Tapi pesan dia pada aku
Dia tak pernah berjanji
Mungkin takut tidak terturuti
Tapi aku rasa istimewa jika aku punya janji dari dia
Tapi bukan janji palsu
Kadang aku lemas menunggu
Kadang aku benci termangu
Hanya mampu diam
Tidak perlu diluah padanya
Bimbang disalah erti
Aku dibilang mahu bergaduh, mahu bertengkar
Bukan maksudku
Bukan niatku
Nawaitu mahu mengadu
Ah
Biarlah
Mungkin dia akan mengerti
Biarlah
Aku akan terus menanti