Duhai si bongsu
Masih berbekal botol susu di celah tempat tidurmu
Masih merengek celah ketiak ibu
Buat ayah tak senang lelap
Bising adik!
Ayah letih
Mulut tak henti bertanya
Ingin tahu apa segala
"Apa tu mama?"
"Apa tu papa?"
Ayuhai sayang...
Aku yang sulung bagai melenting setiap masa
Pening melayan karenah
Setiap persatu
Setiap waktu
Bercerita bagai satu dunia pernah dijelajah
Pernah buat aku marah
Pernah buat aku geram
Pernah buat aku tertawa
Duhai si bongsu
Sejuta rahmat aku mohon dari Illahi untukmu
Kelak menjadi solehah untuk yang mengasuhmu, mendidikmu
Aku jangan kau ikuti
Jadi lebih baik
Itu yang aku mahu
untuk adik bongsu akak, belajar rajin-rajin ye Nina. walaupun baru darjah satu!
alalala~ chumel sgt! i love this one.
ReplyDeletehehe. adik ppuan aku ni :)
ReplyDelete