Sunday, April 4, 2010

Perit

Wahai jiwa,
Perit tuk ucap selamat tinggal
Sejurus bertemankan air mata.

Wahai jiwa,
Perit tuk ucap selamat kembali
Kerna takut akan kehilangan sekelian kali.

Wahai jiwa,
Perit tuk melihat dia
Kerna mungkin aku kan pergi lagi.

Wahai jiwa,
Perit tuk dengar suaranya
Kerna aku tak mahu memiliki dia.

Wahai jiwa,
Kau selalu benar.
Terlalu perit tuk kembali
Kerna aku tak mahu menyakiti dan meninggalkan kali ini.

Wahai jiwa,
Aku kasihkan dia
Biarlah aku sentiasa disisi
Kerna ku tahu bahagiakan mengakhiri.

No comments:

Post a Comment