Friday, April 2, 2010

Dia, Tiada Siapa Yang Mahu

Prejudis sifatmu.
Mengkritik budaya sendiri,
Mempersenda agama suci.
Lihat kelilingmu,
Apa yang kau saksi?
Adalah kudrat yang melarat,
Sedikit pun tiada belas.

Keji pendirianmu.
Mengguna sekalian insan untuk memuaskan nafsu,
Apa insan ini tiada maruah?
Senang dijajah.
Suaramu lantang menongkat langit,
Sedaya upaya menyeksa,
Keringat tidak berdosa yang dikerah.

Pantaslah berakhir.
Sumpahan untukmu makin menebal.
Tidak disedari, tidak pernah dikhuatiri.
Dalam senyap memakan diri.

No comments:

Post a Comment